Media Sosial Untuk Perniagaan Kecil Sederhana
Menurut kajian yang dijalankan oleh Nielsen, peningkatan penggunaan Internet ialah 41% dan 22.4 jam digunakan untuk melayari Internet. Manakala 71% daripada masa ini ialah membuka laman sosial khususnya Facebook.
Ini juga turut disokong oleh data sebelum ini dari penyelidikan oleh SKMM Malaysia. Tujuan penggunaan Internet sebanyak 81.5% adalah bertujuan menggunakan rangkaian sosial.
Dengan mengambil data tersebut, boleh disimpulkan bahawa tujuan utama pengguna Internet menggunakan Internet ialah mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara.
Mereka juga berkomunikasi melalui teks dan meluangkan masa yang tinggi dalam media sosial terutamanya rangkaian sosial seperti Facebook.
Pengguna Facebook di Malaysia juga telah mencecah seramai 12 juta. Secara tidak langsung memberikan kita gambaran jelas bahawa model pemasaran perniagaan telah berubah.
Kalau dahulu kita membincangkan mengenai sesuatu produk antara jiran dengan jiran, rakan sekerja, atau saudara mara. Sekarang ini banyak perbincangan mengenai produk atau servis dilakukan di Facebook.
Kalau anda perhatikan, berapa ramai yang mengatakan puas hati atau sebaliknya mengenai sesuatu produk di dalam Facebook Wall mereka atau Wall perniagaan.
rujukan MajalahNiaga
0 comments: